Share |

Saturday, 21 March 2009

Erti Pemilihan Manikumar Calon Bkt Selambau

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat semalam mengumumkan Sdr Manikumar Subramaniam sebagai calon Pakatan Rakyat untuk pilihanraya kecil Bukit Selambau.

Walaupun , sebelum pilihanraya ke 12 8 Mar 08 ADUN Bkt Selambau di peruntukkan untuk Calon Melayu PKR semalam mengumumkan calon India dalam usaha membantu masyarakat India diwakili ke Dewan Undangan Negeri serta calon Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Pucuk pimpinan PKR selepas mendapat nasihat serta restu daripada PAS dan DAP memilih S Manikumar seorang ahli biasa daripada senarai 15 orang calon yang disenarai pendenk oleh jawatankuasa pemilihan. Pakatan Rakyat yang kini menerima tentangan hebat daripada Barisan Nasional memerlukan seorang calon yang benar-benar berkaliber serta berusaha dengan sedaya upaya membantu menyelesaikan masyarakat setempat.

Saya sendiri di terjunkan ke Parlimen Kapar semasa pilihanraya umum yang lepas tiga hari sebelum penamaan calon. Menerima tawaran serta cabaran saya mendapati pengundi Parlimen Kapar dengan gentar yang akhiri menerima saya. Kini dengan restu Tuhan serta bantuan masyarakat berbilang kaum saya dapat menjalankan tugasan sebaik mungkin.

Sebegitu juga Sdr Manikumar yang kurang pengalaman politik tetapi mempunyai kelebihan berkomunikasi serta penilaian masyarakat sedunia. Selain kita tidak memberi peluang, maka susah untuk kita menilai kebolehan mereka. Saya difahamkan calon-calon lain juga sama hebat tetapi mereka sudah di beri peluang , atau kini menjawat jawatan lain yang boleh digunakan untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Pemilihan Manikumar juga isyarat bahawan Parti tidak akan menunduk kepada gertakan serta tuntutan segelintir kumpulan tetapi yang amat penting ialah khidmat kepada masyarakat.

Ketua Umum Parti ,Dato Seri Anwar Ibrahim telah meminta saya membantu Sdr Manikumar memenangi pilihanraya Kecil ini yang akan berdepan dengan calon MIC yang berpengalaman menjadi ADUN tetapi ditolak oleh masyarakat.

Kehadiran Presiden MIC Samyvelu ke Bukit Selambau sendiri akan melemahkan Barisan Nasional. Segala salah laku Barisan Nasional serta MIC akan di bongkarkan oleh saya bersama penyokong sewaktu Kempen Pilihanraya ini. Antara yang paling hangat ialah Wang dari Darah dan Peluh masyarakat di gunakan untuk menbiayai “perempuan simpanan” , wang derma Tsunami di salah gunakan dan pelbagai lagi.

Saya memohon agar masyarakat India di Bukit Selambau jangan terperdaya dengan kata -kata Indah Barisan Nasional yang cuba pecahan kita sendiri. Sama -sama kita berusaha menjayakan Manikumar yang diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti serta Menteri Besar Kedah .

No comments: