Share |

Friday, 6 February 2009

Update dari Malaysiakini

kemaskini 4.22pm Mesyuarat beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat di pejabat datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung selepas jam 4 petang tadi.

Mereka dijadual mengadakan sidang media, mengulas perkembangan terkini di Perak yang menyaksikan kewujudan dua menteri besar - Datuk Dr Zambry Abd Kadir bagi pihak BN dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bagi pihak Pakatan Rakyat.

kemaskini 4.12pm
Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak selesai selepas bacaan doa mufti Datuk Seri Harussani Zakaria.

kemaskini 4pm
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti.

No comments: