Share |

Thursday 19 February 2009

Lagi Mangsa Polis: 6 Suspek Di Tembak

ZULKIFLI BIN NOORDIN

AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

Pejabat Wakil Rakyat, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Tingkat 7, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 K.Lumpur

Tel: 03-26936190 Fax: 03-26936255 Email: aduan4kulim @ yahoo.com Web: zul4kulim.blogspots.com

KENYATAAN AKHBAR


Rakyat Kulim khususnya merasa terkejut apabila Enam (6) orang pemuda India telah terbunuh akibat tembakan pihak keselamatan polis malam semalam dalam satu kejadia di pekan Karangan dibawah Parlimen Kulim Bandar Bharu. Pihak polis mendakwa mereka adalah disyaki penjenayah dan telah menembak kearah pasukan polis apabila diminta menyerah diri. Dua (2) pucuk pistol dikatakan dijumpai bersama mereka.

Mereka yang ditembak mati tersebut adalah Elanggo a/l Rajoo, Santhana, Dhilip Kumar, Pannirselvam, Vadivelu dan Chandran. Masyarakat Karangan mengenali Elanggo sebagai peniaga barangan komputer disebuah premis di pekan kecil tersebut. Yang lain-lain adalah pekerja beliau, rakan-rakan serta kenalan beliau.

Mengenali mangsa-mangsa tersebut, kini sudah timbul keresahan dikalangan rakyat Kulim tentang mengapa dan bagaimana penama-penama tersebut ditembak mati. Mereka bertanya samada ujud unsur-unsur kelalaian atau penganiayaan terhadap mereka.

Demi keadilan bagi rakyat, dan untuk merungkai sebarang salah faham dan fitnah, saya sebagai Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu mendesak agar suatu siasatan bebas dijalankan untuk memperjelaskan kedudukan sebenar kejadian tersebut. Saya berpendapat adalah wajar suatu inquiry dilaksanakan untuk mencari kebenaran dan keadilan bagi semua pihak.

Rabu: 21 Safar 1430 / 18 Februari 2009

Zulkifli Bin Noordin

===============================================================

Kenyataan Media oleh

YB N.GOBALAKRISHNAN

Ahli Parlimen Padang Serai
18 Feb 2009

Negara dikejutkan dengan satu lagi kes pembunuhan 6 suspek lelaki india secara kejam oleh pihak polis di sebuah premis perniagaan yang terletak di Karangan, Kulim, Kedah.

Mereka yang terbunuh adalah Elanggo a/l Raju, Santhana, Dhilip Kumar, Pannirselvam, Vadivelu, Chandran. Elanggo merupakan seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam membeli barangan terpakai komputer manakala Santhana dan Dhilip Kumar merupakan pekerja-pekerja Elanggo.
Turut dibunuh di tempat kejadian adalah kawan-kawan Elanggo, iaitu Pannirselvam dan Vadivelu yang turut bersama beliau datang melawat premis perniagaan iaitu sebuah gudang yang dijadikan stor untuk menyimpan barangan terpakai komputer milik Elanggo.
Pannirselvam adalah seorang penduduk kawasan Kulim yang bekerja di Singapura dan beliau di jangka pulang ke Singapura dalam masa 2 hari lagi selepas habis bercuti di Kulim.
Manakala mangsa terakhir adalah Chandran yang merupakan seorang pekerja kontrak dari Selama, Perak yang di upah oleh Elanggo untuk kerja baik pulih gudang milik beliau.

No comments: