Share |

Tuesday, 10 February 2009

Lagi himpunan pro-Raja, kecam Karpal

kemaskini 12:34pm Lebih kurang 100 penunjuk perasaan berkumpul di kaki Menara Maybank, dekat terminal bas Puduraya pagi ini bagi membantah tindakan yang dianggap mencabar institusi Raja-raja Melayu.

Perhimpunan yang terdiri penyokong Pemuda Umno Wilayah Persekutuan dan Selangor itu bermula kira-kira pukul 9.55 pagi.

Mereka melaungkan "Daulat Tuanku" sambil membawa kain-kain rentang antaranya menggesa agar kerakyatan pengerusi DAP dan juga peguam terkenal, Karpal Singh dilucutkan.

Mereka melilitkan kepala dengan kain kuning atau bersongkok dengan lilitan kain yang sama.

Sementara itu, sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya akan mengadakan perhimpunan jam 6 petang ini bagi menyatakan sokongan kepada Sultan Perak, yang juga canselor universiti itu.

Perhimpunan yang dijangka disertai 1,000 pelajar itu anjuran kumpulan Penggerak Mahasiswa (dulu dikenali pro-Aspirasi) akan berarak dari Kompleks Perdanasiswa ke Dewan Tunku Canselor.

No comments: