Barisan Nasional (BN) perlu menunggu keputusan daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenai permohonan untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru ekoran telah mempunyai majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mencukupi. Najib dititah mengadap kali kedua bersama 28 ADUN BN dan 3 ADUN Bebas 11.00 pagi: TERBARU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah mengadap Sultan Perak selama 30 minit, dipanggil semula mengadap ke Istana Kinta. Kali ini beliau dipanggil bersama-sama dengan 28 ADUN Barisan Nasional (BN) dan tiga ADUN Bebas. Difahamkan pertemuan kedua ini berkaitan dengan penubuhan kerajaan negeri Perak yang baru. Terdahulu, Najib tiba di Istana Kinta kira-kira jam 9.45 pagi dan dilihat keluar daripada Istana berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi. Kemudian Najib terus ke Ibu Pejabat UMNO Perak bagi mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak. Namun setelah itu, beliau dititah mengadap semula Sultan Perak dan membawa bersama 28 ADUN BN serta tiga ADUN Bebas - 5/2/2009 ---------------------- 1.15 tengahari - KERAJAAN BARU PERAK HAMPIR PASTI … Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak sah telah meninggalkan parti masing-masing meletakkan kerajaan campuran negeri Perak kini ibarat telur di hujung tanduk.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu sidang media selepas mengadap Sultan Azlan, setelah beliau menyembah perkara berkenaan, Sultan Perak telah menitahkan supaya semua ADUN BN dan tiga ADUN Bebas mengadap Baginda di Istana Kinta.
“Pada pertemuan itu tiga ADUN Bebas telah memaklumkan kepada Paduka Seri Sultan bahawa mereka telah meninggalkan parti masing-masing dan memberi pengakuan bahawa mereka menyokong kerajaan Barisan Nasional khususnya calon Menteri Besar yang akan dikemukakan ke bawah Duli Tuanku,” katanya.
Oleh itu katanya, kini terserah kepada Sultan Perak untuk membuat keputusan yang sewajarnya sama ada menerima cadangan BN untuk menubuhkan kerajaan baru atau membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Ditanya adakah calon Menteri Besar juga telah dikemukakan kepada Sultan Perak, Najib berkata, ia belum dibuat lagi kerana perlu mengikut proses sesuai dengan undang-undang tubuh negeri Perak.
“Ada proses yang kita patut dan perlu ikuti berdasarkan undang-undang tubuh negeri Perak. Jadi sebelum Menteri Besar Perak yang baru boleh ditentukan dan mengangkat sumpah, Tuanku kena buat keputusan sama ada membubarkan Dewan Undangan Negeri atau meminta Menteri Besar sekarang meletakkan jawatan,” ujar beliau.
Najib turut menjelaskan, BN akan mengikuti proses yang disepatutnya di mana proses utamanya ialah Sultan Perak mesti menentukan keputusannya.
“Kita akan hormati apa-apa keputusan yang Tuanku buat kerana itu adalah hak mutlak Tuanku,” tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu wartawan di Bagan Serai, beliau telah dititah mengadap oleh Sultan Perak petang ini.
Manakala, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dilaporkan akan berada di Ipoh bagi mengadakan pertemuan dengan Nizar dan ada maklumat menyebut, pihaknya sedang berusaha untuk mengadap Sultan Perak berhubung kemelut politik yang melanda negeri berkenaan.
Malah, Anwar juga dikatakan akan bersama-sama menghadiri satu perhimpunan di kediaman Menteri Besar Perak, malam ini. – 5/2/2009
--------------------------
Najib menghadap Sultan Perak hari ini sembah cadangan tubuh kerajaan baru
Ketika kerajaan campuran di Perak kelam kabut menggunakan ‘talian hayat’ terakhir bagi memohon perkenan Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) Perak mempunyai bilangan majoriti yang cukup untuk tubuh kerajaan baru di negeri itu.
Ini kerana empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR -Changkat Jering),Hee Yet Fong (DAP -Jelapang) serta Datuk Nasarudin Hashim (Bota) sudah memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa mereka menyokong BN tubuh kerajaan baru. Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar di Jabatan Perdana Menteri ,Putrajaya Rabu petang.
Menurut Najib, tiga ADUN berkenaan kekal sebagai wakil rakyat Bebas yang 'mesra BN' manakala Nasarudin akan kembali ke pangkuan UMNO selepas sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu.
Dengan itu BN ada 28 kerusi,Bebas tiga manakala Barisan Pembangkang 28 kerusi.Majoriti BN + Bebas dalam DUN Perak kini 3 kerusi.
Dalam sidang medianya itu, Najib memaklumkan beliau akan menghadap Sultan Perak esok (Khamis) bagi menyembah cadangan penubuhan kerajaan baru dan calon Menteri Besar yang baru di negeri itu.
Katanya, hanya Sultan Perak sahaja mempunyai kuasa muthlak membubarkan DUN.
Terdahulu di Perak, Menteri Besar Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin sudah mengumumkan hendak membubarkan DUN sebelum menghadap dan memohon perkenan Sultan Perak.
Bagaimanapun,selepas keluar Istana Kinta,di Ipoh petang Rabu setelah mengadap baginda,beliau memberitahu wartawan yang menunggu, ' terserah kepada Tuanku' memutuskan soal pembubaran DUN.- 4/2/2009
ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Changkat Jering, Osman Jailu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Jelapang Hee Yit Foong yang juga Timbalan Speaker DUN Perak hari Rabu telah menghantar surat kepada parti masing-masing memaklumkan keputusan keluar parti.
Agendadaily yang mendapat salinan
Dalam
“Sila ambil maklum bahaw aperisytiharan saya keluar parti/tidak lagi menjadi ahli DAP tidak bermaksud saya meletakan jawatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri dan apa jua notis perletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri yang ditandatangani secara “undated” dan tidak cop rasmi saya adalah dengan ini terbatal secara ab initio ,” demikian tegas Yit Foong dalam suratnya yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng.
Begitu jugalah kandungan
Difahamkan
Ekoran itu Nizar dijadual membuat sidang media jam 1.00 petang yang dikatakan akan membuat pengumuman pembubuaran DUN Perak tetapi telah ditangguhkan.
Difahamkan pihak Istana Perak telah dimaklumkan mengenai perkembangan yang berlaku dan ketiga-tiga ADUN berkenaan telah mengutuskan
Perkembangan lanjut mengenai kemelut politik Perak akan dilaporkan dari semasa ke semasa. – 4/12/2009
No comments:
Post a Comment