Share |

Tuesday 9 December 2008

Isu politik wang jejas imej UMNO luar negara

ImageUtusan

PUTRAJAYA 8 Dis. – Beberapa aktiviti kelab UMNO di Australia telah dipinggirkan oleh pelajar dan rakyat Malaysia di sana kerana isu politik wang.

Ahli Majlis tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed mendedahkan, dalam pertemuan beliau bersama ahli kelab-kelab UMNO di Australia termasuk di Perth, Canberra dan Melbourne, mereka telah menyuarakan kebimbangan mengenai UMNO yang dipinggirkan ekoran gejala itu.

“Mereka kini sukar untuk menganjurkan sebarang aktiviti kerana sukar untuk menarik pelajar dan rakyat di luar negara turut serta.

“Kini ramai yang mempersoalkan kewibawaan UMNO dan sedikit sebanyak menyukarkan pergerakan itu dalam usaha untuk menarik minat golongan muda dan pelajar kepada UMNO,” katanya.

No comments: