Share |

Monday 29 September 2008

KENYATAAN MEDIA OLEH Y.B. S. MANIKAVASAGAM, AHLI PARLIMEN KAPAR BERHUBUNG ISU PEROBOHAN KUIL

Merujuk kepada Isu Perobohan Kuil Sri Maha Kalliaman, Ampang saya merasa amat kecewa akan terjadinya perkara sebegini dalam pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor Darul Ehsan. Ini menunjukkan kepincangan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang memerlukan tindakan segera.

Sehubungan dengan itu saya mengesa YAB Dato’ Menteri Besar Selangor menubuhkan suatu Jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian ini serta mengambil tindakan keras keatas mereka yang bertanggungjawab atas keingkaran mematuhi arahan Kerajaan Negeri.

Selain dari itu Saya juga difahamkan bahawa MPAJ telah mengeluarkan notis baru untuk merobohkan kuil-kuil di Ampang yang mana pihak Kerajaan Negeri membatalkannya dengan segera.

Saya akan melepaskan Jawatan Sebagai *Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Parti Keadilan Rakyat *sekiranya tiada sebarang tindakan keras diambil ke atas pegawai-pegawai MPAJ yang dilatih oleh Kerajaan Barisan Nasional serta tidak professional dalam melakukan tugasan mereka.

Walaubagaimanapun,saya akan terus bersama Parti Keadilan Rakyat sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi serta Ahli Parlimen .

Saya juga sedia memainkan peranan penting sekiranya pimpinan Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Kerajaan Negeri Selangor merasai mereka dibebani kerja pentadbiran yang membedung daripada memenuhi hasrat rakyat.Kami telah menyarankan perkara-perkara diatas kepada YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor semasa perbincangan yang diadakan pada pagi ini. Beliau berjanji tindakan wajar akan diambil selepas YAB Dato Menteri Besar meneliti laporan dari MPAJ.

Ingin dimaklumkan bahawa lima orang pemimpin Hindraf di tahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam mempertahankan hak kebebasan agama. Tetapi tiada seorang pun pemimpin MIC samada daripada cawangan , bahagian, pusat pernah atau sanggup melepaskan jawatan mereka sehingga kini. dalam mempertahankan hak kebebasan agama. Mereka cuba mempolitikkan isu Kuil Sri Maha Kaliaman, Ampang padahal Dato Seri S. Samy Velu , President MIC serta Dato’ M Saravanan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan gagal menghalang DBKL dari merobohkan Kuil Sri Muneswarar Hindu Sentul baru-baru ini.

Member of Parliament Kapar, Malaysia

www.mpkapar.com

No comments: