Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ibrahim Ali menyifatkan Gerakan sebagai parti tin kosong, kerana tidak mempunyai perwakilan dalam parlimen, malah perlu bergantung kepada saluran perlantikan senator untuk masuk ke dewan parlimen.
"Tapi, itu sudah terlambat," sindir Ibrahim Ali yang "bersimpati" kepada Gerakan. Beliau berkata, "Saya bersimpati kepada Gerakan. Mereka sekarang ni parti kosong, tin kosong. Mereka tidak mempunyai perwakilan dalam parlimen, perlu bergantung kepada perlantikan senator (untuk masuk ke parlimen)."
Setelah diingatkan bahawa Gerakan masih mempunyai dua orang ahli dewan rakyat yang terpilih dalam PRU ke-12, Ibrahim Ali berkata, "Ya, mereka mempunyai seorang dua, tapi itu tak cukup, mereka masih memerlukan senator untuk mempertingkatkan bilangan kerusi mereka."
Biar rakyat menilai
Sebelum ini, Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah mendesak agar Naib Presiden Gerakan, Teng Hock Nan dan Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June meminta maaf berikutan tuduhan mereka terhadap PERKASA sebagai NGO yang bersifat perkauman, di samping mempertikaikan kenyataan bekas PM, Mahathir Mohamad ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pertama PERKASA.
Ibrahim Ali memberi amaran, "Mereka akan kehilangan lebih sokongan. Sokongan Cina tu penting, tetapi Melayu juga penting. Mereka perlu menjaga tingkah laku mereka. Kalau mereka terus dengan kenyataan kontroversi sebegini, mereka akan kehilangan lebih sokongan!"
PM memahami PERKASA
No comments:
Post a Comment