Satu episod sejarah negara berlalu dgn pemergian Chin Peng, mantan
SUA Parti Komunis Malaya (PKM). Sejak era penjajahan Inggeris sehingga
kemerdekaan, negara terpaksa bergelut dengan penentangan bersenjata
komunis. Ramai yang terkorban atau sengsara termasuk dari pasukan
keselamatan akibat pertarungan lebih tiga dekad itu. Dan adalah nyata
bahawa rakyat kita umumnya menolak gagasan dan ideologi komunis.
Namun mendiang Chin Peng juga akhirnya memilih jalan perdamaian
setelah gagal dalam perjanjian Baling 1955 dengan Almarhum Tunku Abd
Rahman. Beliau mewakili bekas penggerak PKM, bersama Rashid Maidin
memeterai perjanjian damai dan gencatan senjata dengan kerajaan pada
tahun 1989.
Maka atas pertimbangan tersebut juga lah, berikutan perjanjian
persahabatan negara Malaysia dan China, kami telah menggesa kerajaan
mengizinkan beliau menziarahi keluarganya di Sitiawan. Takziah kami
ucapkan kepada keluarga mendiang Chin Peng.
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment