by Anwar Ibrahim
Serangan
Dato’ Sri Najib Tun Razak terhadap kredibiliti dan kemampuan Dato’ Seri
Anwar Ibrahim mengemudi teraju ekonomi negara bukanlah perkara baru.
Retorik yang sama turut digunakan menjelang Pilihanraya Umum ke-12
(PRU12) dalam tahun 2008 bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat;
kononnya negara akan muflis jika UMNO tidak diberikan kuasa untuk
memerintah.
Pun begitu, dalam PRU12 rakyat tetap memilih KEADILAN
dan rakan – rakan PAS dan DAP untuk mentadbir negeri-negeri terkaya di
Malaysia seperti Selangor dan Pulau Pinang, selain Kelantan, Kedah dan
Perak. Maknanya, rakyat yang matang tidak akan terpengaruh dengan
propaganda politik UMNO – BN yang meremehkan keupayaan rakyat untuk
menilai pencapaian ekonomi negara di bawah kepimpinan Dato’ Seri Anwar
Ibrahim sebagai Menteri Kewangan. Sekali lagi saya yakin rakyat pastinya
menolak politics of fear yang dibawa oleh Presiden UMNO.
Cara
terbaik menilai keupayaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi
adalah dengan membandingkan angka-angka ekonomi seperti berikut:
Pertumbuhan ekonomi sepanjang Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan[1]
Tahun
1992
1993
1994
1995
1996
1997
% pertumbuhan[2]
8.8
9.9
9.2
9.8
10.0
7.3
Pertumbuhan ekonomi sepanjang Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan[3]
Tahun
2009
2010
2011
% pertumbuhan[4]
(1.5)
7.2
5.1
Sejak
menjadi Menteri Kewangan, pencapaian ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak
tidak pernah sekali pun mengatasi pencapaian Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Tatkala Dato’ Seri Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara
sehingga mencecah 9% – 10% dalam tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan,
Dato’ Seri Najib (2009) telah membawa ekonomi negara dari tahun pertama
pentadbirannya ke arah sebaliknya dan menjurus ke arah ekonomi yang
semakin gawat, sedangkan negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang
pesat.
Hakikatnya, rakyat Malaysia tidak buta angka dan arif
membezakan pertumbuhan ekonomi sekitar 9% – 10% semasa Dato’ Seri Anwar
Ibrahim mentadbir ekonomi negara, berbanding pertumbuhan yang lembap
sekitar 4% – 5% sekarang, disamping pentadbiran Najib berdepan dengan
pelbagai masalah ekonomi harian seperti kos sara hidup yang semakin
tinggi.
Rekod ekonomi Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menunjukkan
beliaulah Menteri Kewangan yang berjaya mencapai belanjawan lebihan.
Selepas beliau, menteri-menteri kewangan UMNO mengambil pendekatan
berhutang untuk menampung perbelanjaan negara yang boros dan tidak
berhemah sedangkan hasil tidak bertambah. Justeru itu, Malaysia masih
bergelut dengan masalah hutang/defisit yang meruncing sehingga kini.
Perbandingan
angka berikut membuktikan kegagalan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai
Menteri Kewangan untuk mengatasi masalah hutang/defisit, walaupun
ditinggalkan dalam keadaan yang cukup baik oleh Dato’ Seri Anwar
Ibrahim:
Perbandingan defisit belanjawan dan jumlah hutang negara
No comments:
Post a Comment