
Wakil peneroka C John berkata pada 28 November, pemaju telah menghantar kontraktor untuk menebang pokok getah di ladang mereka dan kontraktor itu telah menebang 43 pokok getah menggunakan jentolak.
“Semalam kami seramai 70 peneroka cuba menghalang kontraktor itu daripada meneruskan kerja-kerja penebangan pokok getah kami sehingga konflik hak milik tanah perladangan ini diselesaikan.
“Walaubagaimanapun pemaju atau kontraktor ini datang dengan lebih kurang 40 pemuda yang saya rasa gangster kerana mereka membawa alat-alat seperti kayu, rotan dan batang besi.
“Apabila kami cuba merunding dengan mereka, pemuda-pemuda ini tanpa belas kasihan menyerang kami dengan rotan. Malah seorang peneroka wanita cedera dalam kekecohan itu.
“Justeru itu kami membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Jempol semalam. Beberapa peneroka yang tercedera juga dihantar ke hospital untukmendapatkan rawatan”, katanya kepada FMT pagi ini.
John juga memaklumkan bahawa polis telah menahan enam peneroka Gatco untuk membantu siasatan berikutan cermin (windscreen) dua buah kereta pemuda-pemuda terbabit pecah dan sebuah kontena milik kontraktor terbakar dalam kekecohan itu.
Kampung Serampang Indah secara geografi dan pentadbiran terletak di dalam daerah Jempol. Walaubagaimanapun dari segi politik ianya terletak di bawah Parlimen Jelebu.
No comments:
Post a Comment