Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan perjanjian pembekalan minyak
untuk pesawat Airbus A380 antara Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dan
Petron Malaysia (Petron), yang dikaitkannya dengan anggota keluarga Dr
Mahathir Mohamad.
Katanya, ekoran perjanjian itu syarikat
penerbangan negara MAS tidak dibenarkan membeli minyak selain daripada
Petron (dahulunya dikenali sebagai Esso Malaysia Bhd) selama enam bulan.
"Saudara, apa punya dasar ekonomi ini. Najib, ini apa? Kamu perdana menteri atau ketua kampung.
"(Najib) ini perdana menteri, dengan Mahathir (dia) takut, dengan
PERKASA dia takut, dengan (Barrack) Obama dia takut, balik rumah takut,"
katanya sambil diiringi ketawa dan sorakan hadirin dalam ceramah di
Selayang dekat ibu negara malam tadi.
"Sebab itu, ketelanjuran
sudah teruk. Wang kita, kena ingat. MAS ini syarikat penerbangan negara,
mana boleh bagi kepada satu syarikat (sahaja)," katanya.
Petron
dan MAS menandatangani perjanjian khas pada 29 Jun bagi membekalkan dan
membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam
bulan, bermula 1 Julai lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group
Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira
mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus
A380.
Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan
api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2
dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini.
MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.
Pada
5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia
membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk
Dr Mahathir.
Sementara itu, Anwar juga mengumumkan akan
melaksanakan pendidikan percuma dan penghapusan pinjaman Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaik sahaja gabungan
diumumkan membentuk kerajan jika menang dalam pilihan raya umum akan
datang.
No comments:
Post a Comment