(Malaysian Digest) - Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil
penduduk Jalan Kebun bagi menggesa pihak berkuasa untuk menghalang
Hindraf daripada memasuki kampung tersebut.
Jurucakap penduduk Shaari Basri, 53, ketika ditemui pemberita mempersoalkan kehadiran Hindraf di kampung Sabtu lalu.
Shaari
berkata, 100 peratus penduduk Jalan Kebun adalah berbangsa Melayu dan
kehadiran Hindraf di kampung tersebut adalah mencurigakan.
"Hindraf
adalah sebuah pertubuhan haram. Mengapa mereka mahu menganjurkan acara
di kampung kami? Jangan salahkan penduduk kampung tentang provokasi yang
berlaku. Mereka yang memulakannya," dakwa Shaari.
Beliau hadir bersama kira-kira 30 penduduk lain.
Dalam
kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan
Kebun telah diganggu oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu dan topi
keledar.
No comments:
Post a Comment