Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Najib Razak tiada agenda
yang penting untuk disampaikan dalam ucapan polisi beliau untuk Parti
Umno melainkan mengutuk dan mengeluarkan amarah. Perhimpunan agong itu
dikatakan sebagai mesyuarat terpenting kerana Najib dijangka akan
mengadakan pilihanraya umum awal tahun depan, sungguhpun begitu, apa
yang beliau hanya mampu buat adalah memburuk-burukkan Pakatan Rakyat
yang dipimpin Anwar Ibrahim dan menyakinkan bahawa Umno adalah parti
paling demokratik di dunia.
Najib yang juga merupakan Presiden Umno telah mengulangi bahawa
pilihanraya umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi tetapi, tidak
memberi petunjuk kukuh bila ia akan berlaku. Cara beliau yang tidak mahu
memberi notis awal kepada pihak pembangkang ini dilihat sebagai tidak
demokratik dan akan pandang sinis oleh negara-negara demokrasi yang
matang.
Ia merupakan ucapan yang mengecewakan kerana tidak memberikan arah
tujuan kepada Umno dan menunjukkan bahawa tiada perubahan signifikan
dibawah Najib. Nampaknya, ia lebih teruk berbanding masa Abdullah Badawi
atau Mahathir di mana sekurang-kurangnya terdapat juga perkembangan
ekonomi untuk mengimbangi kekurangan kebebasan awam. Sekarang, dalam
tahun 2011, Malaysia bukannya kekal dalam pertumbuhan ekonomi malah ia
sedang jatuh dan Najib menutupnya dengan penipuan. Berapa banyak
reformasi telah Umno lakukan?” ujar Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng
kepada Malaysia Chronicle.
Malaysia sekarang negara paling teruk di ASEAN dari segi kebebasan berhimpun

Jui Meng merujuk kepada ucapan Najib yang tiada isi itu di mana
beliau menegaskan bahawa Umno lebih demokratik berbanding parti
pembangkang PKR, PAS dan DAP.
Yang peliknya, beberapa hari yang lalu Najib telah pun mencipta
sejarah sebagai pemimpin yang telah menjadikan Malaysia negara paling
teruk di Asia Tenggara dengan Akta kontroversi Perhimpunan Aman yang
menyekat kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat.
Selain daripada ahli politik tempatan, Majlis Peguam Negara, masyarakat
umum, badan-badan antarabangsa termasuk LawAsia, Amnesty International
dan Human Rights Watch telah mengutuk akta tersebut kerana bersifat
menekan, menentang hak asasi dan tidak selari dengan demokrasi.
Sungguhpun begitu, Najib tetap tidak memperdulikan itu semua dan
terus menegaskan bahawa Malaysia kearah menjadi negara demokrasi terbaik
disebabkan oleh pentadbiran beliau.
“Kita membenarkan ramai orang Umno untuk memilih pemimpin mereka dan
Umno bukanlah parti yang takut pada demokrasi, berbanding lawan kita.
Kita tidak seperti parti pembangkang. Umno berpegang kepada demokrasi
seperti pepatah Inggeris, “the proof of the pudding is in the eating’”
beliau memberitahu dalam Perhimpuan Umno 2011 yang berlangsung di Pusat
Dagangan Dunia Putra pada hari Khamis.
“Kami tidak pernah mendominasi atau berniat untuk mendominasi parti
komponen lain. Kami bukanlah parti yang bersifat perkauman tetapi
berusaha ke arah

pembangunan
nasional. Selain itu, dalam PKR, presiden parti adalh isteri pemimpin
de-facto dan anak perempuan sulungnya menjadi timbalan presiden. Perlu
kita cakap apa-apa lagi?”
Selepas memburukkan Anwar, beliau meneruskan kepada DAP dan PAS.
“Adakah demokratik apabila delegasi daripada bahagian memilih 20 ahli
komiti utama dan mereka pula memilih pemimpin parti? Ini jelas tidak
menunjukkan kemahuam ahli-ahlinya” kata Najib merujuk kepada DAP.
“Orang ini, (mursyidul am) adalah lebih berkuasa daripada presiden” tambah beliau mengenai PAS pula.
Tikam dari belakang

Ramai yang hairan mengapa Najib, yang seharusnya melakukan permulaan
baru atau letupan idea lebih berminat untuk fokus kepada apa yang
berlaku dalam parti lawan. Ini mungkin kerana beliau sudah kehabisan
idea dan tiada jalan lain lagi. Dengan itu beliau terburu-buru
mendapatkan kelulusan Akta Perhimpunan itu untuk mengelak daripada
berlakunya tujuk perasaan jalanan sekiranya BN menang dengan cara yang
mencurigakan pada PRU 13 nanti.
“Sangat mengejutkan dalam masa yang kritikal begini, Najib mahu
membuat perbandingan antara parti beliau dengan parti kita. Sama ada
beliau merasa sangat tidak selamat ataupun ramai ahli Umno yang telah
memberi isyarat bahawa mereka mahu menyertai parti dalam Pakatan.
Tetapi, untuk menjawab pertanyaan beliau, bagaimanakah Umno boleh
menjadi lebih demokrasi berbanding PKR? Kita mempunyai sistem satu ahli
satu undi, manakala, hanya sedikit sahaja ahli Umno yang dapat mengundi
terus pemimpin mereka. Mereka harus melalui delegasi yang semestinya
telah mengambil faedah politik wang dan mengundi seperti yang
dikehendaki oleh elit Umno.” Jelas Jui Meng.
“Bagi PAS pula, struktur dalaman mereka memang meletakkan Mursyidul
Am PAS lebih tinggi berbanding presiden parti. Jadi Najib bercakap
mengenai apa sebenarnya? Sebagai presiden Umno dan PM, beliau sepatutnya
memberitahu partinya bagaimana untuk menyelamatkan Malaysia daripada
kejatuhan ekonomi, bagaimana hendak membersihkan parti daripada rasuah
dan bukan mempertahankan rasuah. Beliau sepatutnya memberitahu Malaysia
betapa gahnya Umno dengan memberi bayangan kepada masa depan yang
diwarnai dengan demokrasi tulen dan harapan untuk rakyat terutamanya
yang lemah dan miskin. Bukannya menghentam orang lain dari belakang!”
Berwawasan atau hanya handal berkata-kata?

Najib juga menggunakan perkataan seperti ‘berwawasan’ tetapi tidak
menerangkan apa maksud sebenar selain daripada menyebut media baru,
realiti politik baru dan minda baru pengundi.
Sungguhpun begitu, beliau dilihat masih mempertahankan cara Umno dank
omen beliau disifatkan lebih kepada menunjuk-nunjuk untuk kelihatan
baik dan bukan untuk diusahakan. Najib sememangnya menyuarakan kepada
calon-calon yang tidak popular untuk tidak mempertahankan kerusi mereka
tetapi beliau tidak menyentuh isu-isu yang telah merosakkan Umno seperti
rasuah dan kuasa di tangan elit.
Perhimpunan Agong Umno diadakan tidak lama selepas Ketua Wanita
dituduh menyalahgunakan kuasa dan rasuah dalam ahli keluarga beliau.
Namun, sehari yang lalu, Pemuda Umno telah digesa untuk mempertahankan
Shahrizat dan tidak pula menasihatkan beliau untuk merelakan diri
disiasat untuk membersihkan nama beliau. Umno dilihat sebagai
menyalahgunakan kuasa polis dengan pengumuman Timbalan ketua Polis
Khalid Bakar mengenai tiada unsure-unsur rasuah yang dijumpai semasa
siasatan terhadap NFC setakat ini. Ini mengundang tuduhan bahawa Khalid
digunakan untuk menyelamatkan Umno.
Indeks rasuah jatuh, satu komen pun tiada mengenai rasuah

Pengkritik juga mengatakan bahawa adalah pelik bahawa Najib
menyuarakan hasrat untuk melihat wujudnya Malaysia baru yang lebih baik,
untuk partinya pula, beliau langsung tidak berani mengutarakan
perkataan “rasuah”.
Sementara itu, Indeks Rasuah telah jatuh kepada 60 daripada 56 pada
tahun lepas dan ini menunjukkan bahawa kerosakkan yang dilakukan Umno
terhadap negara adalah sangat dalam.
“Kita harus faham bahawa sekiranya Umno gagal untuk memahami faktor
yang membawa kepada insane ‘berwawasan’dan tidak mengambil langkah untuk
memperbaharui ‘pelan permainan’ iaitu yang telah kita rangka pelan
tersebut, maka kita akan ditimpa tragedi. Sekiranya Umno tidak memahami
realiti lanskap politik baru, bagaimanakah Umno dan BN akan berjaya?
Kedua, media baru,” kata Najib.
“Suka atau tidak, Umno harus menguasai media baru kerana hari ini,
sekarang ini, ia dapat menentukan kejayaan atau kekalahan. Ia boleh
memberikan serampang dua mata kepada kita disamping menjadikan
peperangan kita tidak sama rata. Ketiga, Umni harus memahami bahawa
terdapat pemikiran baru disemua peringkat pengundi, jadi kita haruslah
mendapatkan sokongan mereka. Umno tidak boleh dilihat sebagai angkuh dan
tidak relevan kerana sekiranya itu berlaku, rakyat akan mengenepikan
kita.
Bukan perkauman atau hipokrit

Berkemungkinan tahap hipokrasi Najib yang tertinggi adalah apabila
beliau mengisytiharkan bahawa Umno bukan perkauman. Beliau langsung
tidak memarahi Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang dalam tahun ini
telah mengeluarkan beberapa kenyataan berbau perkauman.
“Umno sebenarnya adalah pemangkin kepada semangat kerjasama antara
kaum yang telah akhirnya mencipta kestabilan sosial dan keharmonian
nasional.” Ujar Najib. “Umno sehinggakan sanggup menyokong calon yang
bukan daripada kaum Melayu, untuk kepentingan yang lebih besar iaitu
memenangi pilihanraya, mencipta kerajaan dan kebebasan.”
Ahmad Maslan, Timbalan menteri di jabatan perdana menteri dan juga
Ahli Parlimen Pontian telah mengeluh dengan kehilangan tempat kepada
pemimpin bukan melayu dan mengatakan bahawa ia tidak dapat diterima.
Beliau suka menghentam kaun cina dan memberi amaran bahawa sekiranya
Pakatan menang dalam PRU dan terjadi parlimen tergantung, orang
melayulah yang akan kerugian besar kerana mereka akan kehilangan bahasa
dan Islam akan diganti dengan Kristian.
Pengkritik menyelar Najib kerana sanggup membuat ‘kenyataan yang lemah’ bahawa Umno bukan bersifat perkauman.
“Ini adalah lawak paling besar. Tak hairanlah Umno harus menipu dalam
pilihanraya. Mereka sering memutarbelit kebenaran daripada mengakui dan
membetulkan kesilapan mereka. Ia bertambah teruk tahun demi tahun.”
Ujar Jui Meng.
“Tidak ada sebab untuk bicara mengenai “wawasan” atau menggunakan
bahasa yang canggih. Baliklah kepada yang asas. Berkhidmatlah untuk
rakyat dan dengarlah apa yang mereka mahu, dan sedarlah bahawa inilah
yang penting dan bukannya kemahuan Umno elit sahaja. Hapuskan rasuah
walaupun layaknya agak terlambat. Ia akan memakan kita dan membankrapkan
kita. Hukumlah ahli yang bersikap perkauman termasuk Muhyiddin dan
Mahathir sebelum mengaku bahawa Umno tidak bersifat perkauman. Kemudian,
barulah kami akan kata bahawa kamu bukan hipokrit!”
Malaysia Chronicle