Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
23 November 2011
Menyebut
pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat
kononnya bagi menjamin kebebasan berhimpun adalah retorik terbesar
Kerajaan Najib Razak dalam merealisasikan apa yang dikata
'Transformasi Politik'. Memang ianya suatu transformasi, tetapi
malangnya ia menuju ke arah yang lebih negetif apabila satu demi satu
hak rakyat dinafikan terutamanya dalam tajuk berhimpun.
Rakyat
negara ini seolah-olah diijanjikan sebuah sinar harapan apabila
beberapa langkah Kerajaan Malaysia termasuklah pemansuhkan akta
keselamatan dalam negeri (ISA), namun akhirnya rakyat sekali lagi ditipu
atas nama transformasi Barisan Nasional apabila akta tersebut masih
lagi digunakan di Sabah baru-baru ini menahan antaranya dikenali
sebagai aktivis PAS.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
memandang serius pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman,
melihat pembentangan RUU ini sebagai satu perangkap yang licik. Tiada
lagi perhimpunan akan diberi laluan kepada pihak yang dicop berfahaman
politik yang menentang dasar kerajaan walaupun perhimpunan itu di
dalam kawasan persendirian, maka tiada lagi ceramah umum akan
dibenarkan. Kita sebenarnya menuju ke pemerintahan kuku besi dalam
bahasa lunak yang dicanang kerajaan pemerintah.
SAMM
menyarankan semua pihak mengambil sikap berhati-hati dan setiap
langkah kerajaan itu harus diterjemah dengan lebih berhati-hati kerana
rakyat sudah muak untuk ditipu berkali-kali dan terus ditipu lagi. Rang
Undang-Undang Perhimpunan Aman secara halus akan menyekat ruang
demokrasi buat rakyat. Inikah Transformasi politik yang dilaungkan oleh
Najib Razak? Ia lebih mencengkam dan menafikan ruang demokrasi dari
undang-undang sebelum ini (akta polis) sebelum ini.
Akhirnya bila
penguasa menggunakan undang-undang untuk menindas rakyat, perlawanan
menjadi wajib. Lebih kuat rakyat ditekan dan dicengkam oleh regim
pemerintah, maka secara langsung dan tidak langsung ia memupuk api
kemarahan lalu semangat perlawanan itu meruncing ke penghujungnya.
Rakyat harus sedar negara sedar mengundur kebelakang dalam perbagai
bidang termasuk menutup ruang demokrasi. bangkit dan hentikan segera
sebelum terlambat.
Pergerakan anak muda SAMM berpendapat, Rang
Undang-Undang Perhimpunan Aman yang akan dibentangkan ini satu lagi
proses penipuan regim penguasa. Rakyat diseru bangkit. Ahli parlimen
yang menyokong rang undang-undang seperti ini harus dihukum.
che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
No comments:
Post a Comment