–Kenyataan Akhbar–
Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Sambutan Kemerdekaan dan
Hari Malaysia pada 16 September ini bertempat di Dataran Kemerdekaan
Shah Alam .
Tema sambutan tahun ini ialah Selangorku Berjaya, Rakyat Sejahtera.
Program sambutan akan bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.
Acara-acara menarika yang disediakan termasuklah persembahan
kebudayaan, pertunjukan seni mempertahankan diri dari pelbagai kaum,
persembahan pancaragam sekolah-sekolah serta persembahan dari pihak
berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.
Kemuncak sambutan akan dimeriahkan dengan pertunjukkan bunga api.
Semua rakyat Selangor dijemput menghadiri program ini bagi
memeriahkan sambutan Ulang tahun Kemerdekaan negara ke-54 dan
pembentukan Malaysia.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
No comments:
Post a Comment