"Kalau kita tidak menguasainya kita akan tertinggal orang muda akan membaca apa yang ditulis," kata Ahmad Maslan.
(Bernama)
- Anggota Umno perlu menguasai kemahiran dalam dunia siber terutama
berkaitan media baru bagi menangkis secara efektif segala tohmahan dan
fitnah pihak tertentu terhadap parti itu dan kerajaan, kata Ketua
Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata kemahiran seperti itu amat penting bagi mengubah
sebarang persepsi negatif masyarakat terhadap Umno dan kerajaan yang
cuba dibawa pihak tertentu menerusi media baru.
“Kalau kita tidak
menguasainya kita akan tertinggal kerana orang muda akan membaca apa
yang ditulis,” katanya selepas menghadiri wacana politik bertajuk
“Pembentukan Persepsi Politik” anjuran Jabatan Penerangan Umno di sini
hari ini.
Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, berkata kerajaan memandang serius terhadap persepsi negatif
masyarakat terhadap setiap tindakan kerajaan dan sentiasa mengambil
tindakan untuk memperbetulkan.
Mengenai wacana politik itu,
beliau berkata ia merupakan satu pembaharuan yang dibawa oleh Umno bagi
meningkatkan pengetahuan anggotanya dalam pelbagai bidang politik
menerusi pembentangan idea oleh pakar-pakar.
No comments:
Post a Comment