BORANG MS 3
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
(SubSeksyen 13(1))
PERMOHONAN
DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH DI MALAYSIA
DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN
PERMOHONAN NO.
Dalam Perkara di bawah Rayuan No. 14000-099-0017-2010 di Mahkamah
Rayuan Syariah di Malaysia, Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur (Rayuan
ke atas Perintah Mahkamah Tinggi Syariah bertarikh 14.4.2010);
Dan
Dalam Perkara di bawah Rayuan No. 14000-099-0020-2010 di Mahkamah
Rayuan Syariah di Malaysia, Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur
(Permohonan Pengenepian Notis Rayuan);
Dan
Dalam Perkara Penghakiman/Perintah bertarikh 14.4.2010 di dalam
Permohonan No. 14100-099-012-2010 di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah
Persekutuan di Kuala Lumpur;
Dan
Dalam Perkara Arahan Amalan No. 4 Tahun 2002 ;
Dan
Dalam Perkara Kaedah 3, Kaedah 7 dan Kaedah 8 Etika Peguam Syarie
2000 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1993
ANTARA
DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM …PEMOHON
(No. K.P. 470810-07-5095)
DAN
ZAINUL RIJAL BIN ABU BAKAR …RESPONDEN
(No. K.P. 690131-08-5165)
AMBIL PERHATIAN BAHAWA Pemohon yang dinamakan di atas bercadang
memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
pada hari pada haribulan 2011, jam
pagi/petang untuk mendapatkan perintah bahawa:-
1. Pemohon diberi kebenaran memfailkan Permohonan ini di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan melalui Notis Permohonan;
2. Responden ditegah dan tidak dibenarkan daripada mewakili dan
menjadi Peguam Syarie di dalam kes Rayuan No. 14000-099-0017-2010 dan
kes Rayuan No. 14000-099-0020-2010 di Mahkamah Rayuan Syariah di
Malaysia, Wilayah Persekutuan;
3. Kos ditanggung oleh Responden;
4. Lain-lain relif yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini;
Alasan permohonan ini sebagaimana berikut:-
i) Responden telah berkelakuan tidak professional;
ii) Responden tidak bersifat jujur dan tidak berniat baik untuk menegakkan keadilan;
iii) Responden tidak menyenggara kebebasan profesionalnya dan
bertindak bertentangan dengan kepentingan pentadbiran keadilan yang
terbaik; dan
iv) Wujud percanggahan atau konflik kepentingan pada Responden
Permohonan ini disokong dengan Afidavit Pemohon yang dilampirkan.
Bertarikh haribulan Ogos 2011
……………………………………….
PEGUAM SYARIE PEMOHON
PERMOHONAN ini telah difailkan oleh Tetuan Kamar Ainiah,
Raziff & Zashidi beralamat di E3A-3A, Jalan Selaman 1/2, Dataran
Palma, Off Jalan Ampang, 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan.
No. Tel: 03-42702055 No. Faks: 03- 42702077
No comments:
Post a Comment