Dari Blog Cina Islam
Oleh YB DRS. KHALIL IDHAM LIM
Tidak dinafikan penggunaan teknologi maklumat dalam banyak aspek
pentadbiran negara, malah pengurusan syarikat telah menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi, produktiviti, keselamatan, kesihatan dan banyak
lagi khususnya kepada kepentingan pihak awam. Tidak ketinggalan peranan
utamanya untuk memastikan tahap ‘competitive’ atau daya saing negara
terus kekal dan berdaya maju berbanding negara-negara lain.
Satu keperluan ‘survival’ rakyat Malaysia untuk menggunakan teknologi
maklumat sebagai alat untuk memacu negara di dalam proses penjanaan
pendapatan dan seterusnya mempertingkatkan pendapatan per-kapita agar
rakyat tidak terus menerus lemas di bawah tekanan ekonomi khususnya dari
negara luar yang juga menggunakan kaedah yang sama untuk tujuan
‘survival’ mereka.
Tidak terlalu ‘extreme’ atau berat kalau saya katakan, kita amat
memerlukan teknologi maklumat untuk mempertahankan kedaulatan negara
khususnya daripada penjajahan ekonomi.
Saya pasti ramai yang akan bersetuju impak positif teknologi maklumat
kepada kehidupan sosio-budaya serta pengaruhnya kepada aturan
perjalanan kehidupan harian kita, walaubagaimanapun keputusan SPR dan
kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mempertimbangkan Sistem Biometrik
di atas justifikasi ketelusan ketika pilihanraya khususnya di dalam
mengekang pengundi hantu sebenarnya merupakan satu tindakan buat masa
ini, dengan tahap integriti yang meragukan daripada sebuah kerajaan yang
dilihat kini tidak adil, korup dan zalim dilihat sebagai satu tindakan
atau keputusan yang TIDAK SELAMAT.
Rakyat ragu-ragu dengan KETELUSAN yang diucapkan. Rakyat juga
ragu-ragu dengan SPR yang dilihat tidak telus, tidak bebas dan
kepartian. Malah rakyat juga melihat kawalan politik kepada
agensi-agensi yang tertentu yang dilihat terpaksa menyokong dasar parti
yang memerintah walaupun bercanggah dengan kepentingan rakyat khususnya
dari aspek Hak Asasi termasuk hak-hak yang jelas termaktub di bawah
perlembagaan. Malah, Rakyat rata-rata khuatir dengan tindakan pemerintah
yang mirip kepada pemerintahan kuku besi seperti yang berlaku di
Tunisia.
Kerajaan yang memerintah perlu memulihkan persepsi negatif ini dulu
sebelum menimbang untuk menjuarai ‘ketelusan’ melalui cadangan sistem
Biometrik itu yang dilihat rakyat satu lagi alat manipulasi keadilan
yang akan mencacatkan lagi persepsi rakyat kepada proses pilihanraya
yang adil dan bersih.
Bagaimana Sistem Biometrik boleh dimanipulasi?
Setiap sistem teknologi maklumat yang memerlukan pengesahan aplikasi
sistem akan merujuk kepada pengkalan data. SPR diketahui umum telah lama
menggunakan aplikasi teknologi maklumat untuk menyimpan maklumat
pengundi di dalam pengkalan data. Malah maklumat daftar pengundi boleh
dicapai oleh setiap pengundi secara ‘online’ dengan menggunakan kekunci
unik seperti nombor kad pengenalan untuk aplikasi sistem SPR itu
mengarahkan capaian maklumat pengundi daripada pengkalan data SPR.
Rakyat tahu masalah utama aplikasi sistem Teknologi Maklumat SPR
bukanlah pada aplikasi itu tetapi DATA atau MAKLUMAT yang berada di
dalam pengkalan data SPR.
Capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data sebelum ini
melalui aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Pengurusan Maklumat
jelas menunjukkan ada pengundi yang mempunyai 2 tempat malah beberapa
tempat mengundi. Malah paparan berita yang dipetik dari Suara Keadilan
semalam (24/7/11) mendakwa bahawa terdapat lebih 1600 pengundi yang
berusia lebih 100 tahun di Perak di mana 1447 orang daripadanya berusia
di antara 100 sehingga 109 tahun. Kita punyai warga emas seramai itu di
Perak? Bagaimana pula di seluruh negara?
Jawapan yang mudah kepada masalah integriti data atau maklumat
walaupun melalui aplikasi teknologi maklumat atau sistem maklumat yang
telah lama digunapakai SPR bukanlah kerana aplikasi itu tetapi kerana
data atau maklumat yang dimasukkan ke dalam pengkalan data.
Hanya SPR sahaja yang tahu siapa yang bertanggungjawab untuk
memasukkan dan mengemaskinikan data atau maklumat tersebut di dalam
pengkalan data. data atau maklumat di dalam pengkalan data tidak boleh
berubah dengan sendirinya. Ia hanya boleh berubah dengan tindakan
manusia yang menggunakannya. Siapa yang menggunakannya? Anda tahu Siapa?
Kalau SPR tahu bahawa masalah utama adalah integriti DATA atau
MAKLUMAT bukanlah kerana aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem
Maklumat itu, kenapa SISTEM BIOMETRIK dicadangkan? SISTEM BIOMETRIK
juga adalah sebuah aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat
seperti aplikasi yang digunakan sekarang, cuma perbezaannya adalah
cadangan baru itu menggunakan ‘hardware’ atau perkakasan serta perisian
dan bukan ‘software’ atau perisian semata-mata untuk capaian DATA atau
MAKLUMAT pengundi dari pengkalan data seperti yang digunakan hari ini.
Sebagai Contoh : SISTEM BIOMETRIK yang menggunakan cap jari akan
bertindak sebagai KUNCI UNIK seperti No.Kad Pengenalan untuk capaian
DATA atau MAKLUMAT daripada PENGKALAN DATA. Setiap rakyat Malaysia
mempunyai No.Kad Pengenalan Unik dan boleh dipadankan dengan Cap Jari
yang juga unik. Sepertimana maklumat No.Kad Pengenalan yang perlu
dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan maklumat pengundi
dicapai (nama penuh, alamat, tempat mengundi dan sebagainya), Cap Jari
juga perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan capaian
itu dilakukan.
Sepertimana didapati terdapat No.Kad Pengenalan yang sama tetapi
mempunyai tempat mengundi yang berbeza (pelbagai lokasi), Cap Jari juga
boleh dipadankan dengan tempat mengundi yang berbeza selagimana No.Kad
Pengenalan dan Cap Jari yang sama diMASUKKAN oleh SPR ke dalam beberapa
rekod (tempat mengundi dan alamat) yang BERBEZA, keputusan daripada
SISTEM BIOMETRIK juga akan menghasilkan senarai pengundi yang boleh
mengundi di beberapa lokasi mengundi.
Isu KETELUSAN dan PENGUNDI HANTU bukanlah kerana APLIKASI CAPAIAN (perkakasan atau/dan perisian).
Apa perlu ia ditukarkan jika prosesnya sama? Pertukaran lebih dilihat hanya dari aspek kosmetik luaran.
Jawapannya adalah tidak perlu. Siapakah lagi yang akan mendapat
habuan dari kegawatan ini melalui cadangan SISTEM BIOMETRIK itu?. Saya
biarkan Umno BN untuk merangka jawapan itu. Pasti ramai yang akan
tersenyum. Rakyat lebih tahu.
Secanggih manapun aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem
Maklumat itu (perkakasan atau perisian, biometrik (cip/kad ID, suara,
pengesahan ibu jari atau mata), jika DATA atau MAKLUMAT yang sedia ada
di dalam PENGKALAN DATA tidak diBERSIHkan,
tidak dikawal dan diurus selia secara bebas oleh badan yang bebas
serta dipercayai Rakyat akan KETELUSAN mereka, saya tidak melihat
sumbangan Sistem BIOMETRIK itu kepada ‘KETELUSAN’ itu khususnya
penyelesaian kepada solusi isu pengundi hantu.
Manipulasi SISTEM BIOMETRIK boleh dilakukan kepada PENGKALAN DATA.
“Biometrics can prevent electoral fraud; Biometric can be used to fraud electoral as well.”
“Biometrik boleh mencegah penipuan pilihanraya, Biometrik juga boleh digunakan untuk menipu pilihanraya”.
Proses pengesahan melalui sistem itu adalah usaha sia-sia, membazir
dan TIDAK SELAMAT pada pandangan peribadi saya kerana sebab-sebab di
atas. SPR harus menimbang 8 cadangan Jawatankuasa BERSIH 2.0 untuk
Pilihanraya yang ADIL dan BERSIH. Semoga imej dan integriti pemerintah
dan SPR di mata dan hati rakyat Malaysia dapat dipulihkan dengan
menerima semua cadangan itu.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment