Anda
semua jangan terkejut. Namanya pegawai kastam ini Abd Najid Razak,
seakan-akan nama Perdana Menteri kita. Pegawai inilah yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam K2 yang kononnya menjadi petunjuk utama cincin berlian 'Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamon' bernilai RM24Juta itu telah keluar dari Malaysia dan dibawa ke Singapura.
Sebelum
diteruskan entry ini, jangan kita lupa bagaimana pihak-pihak terdesak
menggunakan hujah yang kononnya terdapat sebuah pameran 'sulit' di
tempat yang juga 'sulit', untuk tetamu VVIP yang sulit. Semuanya serba
sulit hingga rakyat agak kesulitan untuk mempercayainya. Pameran serba
sulit itu dikatakan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 17-19 April
2011 dan seterusnya di'terbangkan' ke Singapura pada 20hb April. Atas
sebab itulah terbitnya borang kastam K2.
Dengan
borang K2 yang sama, Imelda Rosmah cuba diselamatkan kerana telah
tertera nama Imelda Rosmah pada borang kastam K1(rekod kemasukkan/import
barang dagangan). Anda boleh klik entry bertajuk
'Cetakan Borang Kastam Diubah Untuk Selamatkan Imelda Rosmah!!'
untuk mengetahui bagaimana cubaan selamatkan Imelda Rosmah
diikhtiarkan. Entry ini khas untuk pegawai kastam yang bertanggungjawab
ke atas borang yang di'lulus' olehnya.
No comments:
Post a Comment