Pakatan Rakyat mengambil maklum kenyataan Dato’ Seri Najib Tun Razak
pada 4 Julai 2011 yang menyatakan kesediaan pihak kerajaan memberikan
kerjasama untuk menganjurkan perhimpunan aman BERSIH2.0 di stadium.
Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan
pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan
tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk
berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan
Persekutuan.
Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam
sistem pilihanraya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai
matlamat perhimpunan tersebut. Proses reformasi ini perlu dilaksanakan
segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan
BERSIH2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen
sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman
BERSIH2.0.
Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan
menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini. Ketiga-tiga
parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa
yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh
berjalan dengan baik dan aman.
Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu
yang ditahan kerana BERSIH2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang
dikenakan terhadap mereka digugurkan.
YBHG TUAN MOHAMAD SABU
Timbalan Presiden PAS
YB PUAN NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden KEADILAN
YB PUAN TERESA KOK SUH SIM
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP
No comments:
Post a Comment