Dari Keadilan Daily
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani
Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif
elektrik.
Laman web The Malaysian Insider memetik Ani sebagai berkata, TNB
dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun
lalu.
Ani, yang menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’, memaksa
TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP),
Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud
tawaran 12 sen n kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/
kwj.
“Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa
perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan
kepada beberapa IPP,” kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu
antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.
“Dengan fasal ambil-dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan
yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah
keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.
“Bagus EPU — Unit Plundering Ekonomi,” katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.
Ani menimbulkan kegemparan pada 15 tahun lalu apabila meletakkan
jawatan daripada jawatan pengerusi eksekutifnya kerana enggan
menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian
Tenaga (PPA)
Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power
Services, Powertek dan Malakoff, semasa negara di bawah pentadbiran Dr
Mahathir.
“TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia
perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment