Dari Malaysiakini
Peguam kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini
meluahkan keraguannya terhadap peluang mendapatkan pendengaran yang
adil, sehari sebelum membela diri dalam perbicaraan kes liwat.
Sankara Nair (kanan) memberitahu AFP bahawa pihak pendakwaaan hanya
membenarkan pasukan peguam Anwar mewawancara lima orang sahaja daripada
25 saksi yang dijanjikan.
Mereka masih belum mewawancara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
dan isterinya, yang bertemu pengadu Mohamad Saiful Bukhari selepas
didakwa diliwat, lapor agensi berita antarabangsa itu.
“Tangan kami terikat ketika mahu memberikan Anwar pembelaan sebaiknya
kerana pihak pendakwaan menolak memberikan kami semua saksi yang
dijanjikan,” beliau dipetik sebagai berkata.
“Bagaimana Anwar akan mendapat perbicaraan yang adik apabila kami
hendak mewawancara saksi pihak pendakwaan pun tidak boleh untuk
memutuskan memanggil yang mana,” tambahnya.
Anwar, bapa 63 tahun dengan enam anak didakwa meliwat bekas pembantu berusian 25 tahun di sebuah pangsapuri mewah pada Jun 2008
No comments:
Post a Comment